Soalan Lazim (FAQ)
1. Bilakah tarikh Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah?
Majlis Konvokesyen akan berlangsung pada 24 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UPSI.
2. Siapakah yang terlibat dalam majlis konvokesyen ini?
Majlis ini melibatkan graduan daripada Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah.
3. Bagaimana cara membuat semakan maklumat graduan?
Graduan boleh membuat semakan melalui portal rasmi konvokesyen institusi masing-masing menggunakan nombor kad pengenalan atau maklumat yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia.
4. Adakah graduan perlu membuat pendaftaran sebelum hadir?
Ya. Semua graduan diwajibkan membuat pendaftaran konvokesyen mengikut tempoh yang ditetapkan.
5. Di manakah lokasi pengambilan jubah konvokesyen?
Maklumat berkaitan pengambilan jubah akan dimaklumkan melalui portal rasmi konvokesyen dari semasa ke semasa.
6. Siapakah yang boleh dihubungi jika terdapat masalah?
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia Konvokesyen Zon Tengah melalui maklumat hubungan yang disediakan di portal ini.